Links

Thursday, January 11, 2018

Kursus pendek bagi blog

Kursus pendek bagi blog ini sesuai untuk:
  • cikgu, 
  • pensyarah (kolej, matrikulasi, politeknik dan universiti), 
  • peniaga online
  • peniaga kecil-kecilan (kek, kuih dan sebagainya), 
  • badan bebas (NGO), 
  • pakar runding
  • persatuan, kelab, pertubuhan, koperasi, 
  • persara (cikgu, tentera dan sebagainya)
  • orang perseorangan (untuk hobi mereka: memasak, berkebun) 
dan sebagainya.
Maklumat lanjut bagi kursus pendek bagi blog boleh lihat pada iklan di bawah:

Saya mula menulis dalam blog dari hujung tahun 2016. Pada awalnya, saya gunakan untuk pantau perkembangan rumah yang saya beli pada tahun 2014. Saya menggunakan input yang saya masukkan di dalam blog saya sebagai rujukan terutama untuk memantau perkembangan pokok-pokok tanaman saya.

Contoh penyebaran maklumat tanpa blog.
Di mana menimbulkan masalah serta menyusahkan pihak yang terlibat.
Jika sebarang maklumat dibuat menggunakan blog, semua pihak akan dapat maklumat yang sama dan tepat setiap masa yang diperlukan. Itu baru betul namanya menggunakan teknologi dan menuju ke arah negara maju yang selaras dengan wawasan 2020 [1]! Zaman saya sekolah rendah lagi kerap dengar ayat wawasan 2020 ni ๐Ÿ˜Œ. Diam tak diam, tinggal lagi 2 tahun sahaja untuk jejak tahun 2020.

Contoh baik yang menggunakan blog bagi pengumuman dan sebaran maklumat :
Versi penuh pengumuman boleh lihat di sini [2]
Tiada lagi alasan dari pelajar untuk tidak dapat sebarang maklumat perkenaan proses pembentangan projek kelas mereka. Ini disebabkan banyak penggunaan teknologi yang salah dan selalu berakhir dengan kes viral sahaja bagi generasi baru ini ๐Ÿ˜’.

Contoh kesedaran tentang kelebihan blog:


Akhirnya ada kesedaran untuk buat blog untuk beri lebih maklumat kepada pembeli kek akak ini.

Saya suka beri kawan-kawan pautan kepada blog saya dari gambar. Kerana saya tak dapat tulis keterangan yang banyak pada gambar. Jadi bagi sesiapa yang suka ambil gambar banyak seperti seperti saya, blog adalah platform terbaik untuk anda ๐Ÿ˜‰.

Semoga berjaya buat sebaran maklumat tanpa memberatkan memori telefon kawan-kawan dengan pelbagai gambar serta video ๐Ÿ˜.

Sekian.

No comments:

Post a Comment