Untuk makluman, bukan salah anjing yang bertambat di sebelah rumah.
Ini kerana najis anjing tersebut dicuci secara teknik penjirusan ke atas lantai.
Yang kemudian najis anjing tersebut,tersadai di atas jalan tar di depan rumah saya.
Di dalam perjalanan air tersebut untuk masuk ke lubang longkang di tepi jalan.
Dan saya dipersalahkan kerana memperbesarkan perkara ini di dalam kumpulan perumahan.
Rupa atau keadaan jalan tar yang basah dalam pukul 2 petang tadi. Di mana cuaca hari ini sangat panas terik dan kering. Bermaksud pencucian najis menggunakan teknik penyiraman air baru sahaja dilakukan kurang 1 jam dari masa kejadian.
Rupa jalan tar yang gelap disebabkan dibasahi air cucian najis anjing. |
Cebisan najis anjing dibulatkan dengan warna merah.
Rupa kawasan depan rumah sebelah apabila saya sampai di rumah dalam pukul 5 petang tadi.
Keadaan atau rupa najis anjing yang telah kering dan melekat di permukaan jalan tar di hadapan rumah saya. |
Rupa kawasan depan rumah sebelah yang masih nampak basah kesan air mengalir dari dalam kawasan rumah tersebut. |
Keadaan jalan tar yang saya jirus dengan air dalam cubaan menanggalkan kesan najis anjing yang melekat di atas jalan tar yang telah kering.
Sisa najis anjing tersebut masih tetap melekat di atas jalan tar. Nampak gaya, saya perlu menggunakan berus untuk sental dalam usaha membersihkan kawasan depan rumah saya. |
Walaupun saya mangsa keadaan, saya tetap dipersalahkan oleh semua pihak terutama tuan rumah kerana memperbesarkan perkara ini apabila saya membuat aduan dalam laman sosial kawasan kediaman ini. Hanya kerana saya tidak sihat untuk terus menyental sendiri bagi membersihkan kawasan depan rumah saya sendiri.
Kerana sebelum ini saya mampu bersihkan dan sental najis anjing yang lalu dibawa air ke depan rumah saya. Mahupun yang mereka buang di bawah pokok-pokok tanaman saya di luar rumah yang menyebabkan pokok saya mati. Dan selalunya sisa najis tidak banyak berserak kerana mereka selalu kutip dan buang najis anjing tersebut ke bahagian pokok-pokok depan rumah termasuk pokok yang saya tanam, sebelum menggunakan teknik penyiraman air.
Iya, ada saranan dari sahabat untuk saya kutip najis anjing tersebut dan lempar masuk ke dalam rumah sebelah. Tapi saya bukan jenis manusia sebegitu. Sebab saya juga mengambil kira kebarangkalian kalau jiran sebelah lempar semula najis anjing tersebut ke dalam rumah saya.
Perkara ini saya perbesarkan kerana saya seorang penganut agama Islam. Di mana dalam agama Islam, status najis anjing adalah najis mughalazah (najis berat) [2]. Perkara ini tidak akan menjadi isu berat buat saya sekirannya saya penganut agama selain Islam.

Semoga anda semua melalui keadaan yang lebih baik dari saya hari ini.
Sekian.
Rujukan:
[1] Penulisan saya berkenaan isu sisa najis anjing dalam versi bahasa Inggeris http://serinurulbeauty.blogspot.my/2018/03/the-look-of-dried-dog-poop-in-front-of.html
[2] https://selangorkini.my/2014/10/polemik-sentuh-anjing-antara-khilaf-dan-mazhab-as-sunnah/
[2] https://selangorkini.my/2014/10/polemik-sentuh-anjing-antara-khilaf-dan-mazhab-as-sunnah/
No comments:
Post a Comment