Links

Monday, December 18, 2017

Pokok cekur di rumah saya

Saya mempunyai 3 jenis pokok cekur yang ditanam secara tidak sistematik dilaman rumah saya.
Buat masa ini, hanya cekur yg berdaun hijau muda masih tidak dapat dikesan akan lokasinya.
2 dari 3 jenis cekur yang ada dilaman rumah
Ada antara pokok cekur yang berdaun hijau gelap ditanam di dalam polybag. Namun disebabkan pokok tersebut terbiar, maka ianya pupus sendiri apa bila umbi diserang bena.
Yang pasti, pokok cekur yang ditanam diatas tanah lebih kekal lama dari yang ditanam didalam polybag.
Dari bacaan, ramai menulis bunga cekur boleh dimakan untuk awet muda. Disebabkan itu, saya selalu petik bunga cekur yang keluar. Kalau tidak dipetik, bunga tersebut tetap akan luruh dan sia-sia reput begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment