Links

Monday, June 8, 2020

Pertama kali masak telur pindang menggunakan periuk tekanan elektrik Philips AIO HD 2137

Pertama kali masak telur pindang seumur hidup pada petang 5 Jun 2020. Saya guna periuk tekanan elektrik Philips AIO HD 2137 [1].

Siap lepas guna fungsi kukus (function steam) 55 minit. Di mana saya biarkan tekanan dalam periuk tekanan elektrik keluar dengan sendiri = natural pressure release (NPR). Dengan menekan butang batal (cancel). Serta tutup suis periuk tekanan elektrik. Biarkan sehingga floating valve jatuh dengan sendiri.
Proses ini ambil masa dalam 5-6 minit. Sebab saya pakai air sebanyak 350 ml. Mungkin akan ambil masa lebih lama kalau air lebih banyak.
Hanya gunakan bahan terhad yang ada dan tanam di rumah sahaja.

Bahan-bahan:
Telur 9 biji,
Bawang merah kecil,
Bawang putih,
Halba,
Garam,
Kicap lemak manis,
Lada hitam (black pepper),
Air tutup telur dalam 350 ml,
6 helai daun lengkuas,
6 helai daun lemuni hitam,
6 helai daun kaduk,
3 helai daun serai wangi,
2 helai daun pandan

Cara masak:
1) Lepas masukkan bahan-bahan, pilih fungsi kukus (function steam). Set masa 55 minit.
2) Lepas siap masak, biar tekanan dalm periuk keluar sendiri = natural pressure release (NPR).

Hasilnya
=>Rasa: sedang elok dan sesuai untuk kanak-kanak.
=>Rakan yang jenis cerewet berpuas hati dengan rasa telur pindang ini. Sedang elok katanya. Tak terlalu kuat bau rempah dan bahan yang digunakan.
=>Jimat masa dekat 99%. Sebab kalau pakai cara masak tradisional baik pakai unggun kayu api dan dapur gas, ambil masa masak 4 hari 3 malam. Di kala pakai periuk tekanan elektrik ,siap lepas 1 jam.

Semoga perkongsian ini dapat membantu beri ilham dan semangat untuk buat sendiri telur pindang. 

Rujukan:
[1] Rupa bungkusan periuk tekanan elektrik Philips AIO HD 2137 yang diterima 16 Mei 2020 dalam versi Bahasa Inggeris https://serinurulbeauty.blogspot.com/2020/05/received-my-precious-philips-hd-2137.html
[2] Perkongsian saya berkenaan cara masak telur pindang versi Bahasa Inggeris https://serinurulbeauty.blogspot.com/2020/06/experimenting-to-cook-telur-pindang-in.html
[2] 

No comments:

Post a Comment