Links

Tuesday, January 30, 2018

Kenapa penting biar buah masak sendiri tanpa peram menggunakan kabait

Saya selalu biarkan buah saya masak sendiri di pokok. Di mana itu adalah kelebihan tanam sendiri. Malah, betik saya yang masak ranum di pokok selalunya cepat diserang perosak sehingga ada sedikit ulat disebabkan saya menggunakan pendekatan tanam secara organik [1].

Amalan memeram buah-buahan menggunakan kalsium karbida di kalangan petani di negara ini didakwa mampu menghilangkan daya ingatan pengguna termasuk kecacatan bayi ketika lahir.
Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu mendapati bahan kimia tersebut kini digunakan secara meluas oleh petani yang mengusahakan tanaman pisang, betik, nenas, cempedak, mangga dan ciku supaya cepat ranum sebenarnya merbahaya.

Difahamkan, secara umumnya penggunaan kalsium karbida adalah untuk kerja-kerja kimpalan, memateri keluli besi dan berfungsi menyalakan api pelita.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, pemakanan buah yang diperam dengan bahan kimia arsenik dan fosforus itu bukan sahaja beracun kepada pengguna malah boleh memudaratkan kepada mereka yang mengendalikannya.

“Antara kesannya kepada saraf dalam jangka masa pendek adalah sakit kepala, pening, mengantuk dan kejang otot manakala jangka panjangnya pula ialah hilang daya ingatan.

“CAP terperanjat berikutan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum membendung bahaya ini sungguhpun telah dibangkitkan sejak 36 tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini semalam [2].

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide

mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.
Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide , ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan [2].

Selamat berusaha menanam sayur dan buah sendiri di rumah 😉.

Rujukan:
[1] http://serinurulbeauty.blogspot.my/2018/01/papaya-harvest-for-today-7-unit-of-them.html
[2] https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=600179
[3] https://www.malaysiakini.com/letters/177728

No comments:

Post a Comment