Links

Thursday, November 30, 2017

Lampu jalan raya yang menyala di waktu siang hari di Lingkaran Ilmu, UTM Skudai pada hari ini

Laporan terkini pada 4 Disember 2017: lampu jalan menyala disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan. Rujuk email di bawah.



Laporan susulan: lampu jalan didapati telah dipadamkan dalam pukul 5 petang. Semoga lampu jalan tersebut dapat berfungsi dengan baik di waktu malam😍

Keadaan ketika pukul 2.30 petang:
Pada hari ini, didapati lampu jalan hidup pada waktu siang dalam pukul 2.30 petang di sekitar Lingkaran Ilmu selepas bangunan CICT UTM Skudai hingga ke simpang masuk Lengkok Kuasa (menghala ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal). Rujuk peta di bawah bagi lokasi yang lebih tepat yang telah ditandakan dengan garis serta anak panah berwarna merah.
Mungkin faktor ini merupakan punca utama lampu jalan tidak lagi menyala menerangi jalan raya di waktu malam.

Gambar kejadian yang sempat dirakamkan menggunakan kamera digital sebagai bukti sokongan.
Boleh nampak dengan jelas tukang kumpul daun-daun kering sedang menjalankan tugas beliau di waktu siang

Bukti lebih jelas gambar tukang pengumpul daun-daun kering


Simpang masuk Lengkok Kuasa
Ini kerana keadaan yang semakin kerap hujan menyebabkan banyak kawasan jalan di dalam UTM Skudai berlubang lebih besar. Dan ketiadaan lampu jalan amat membahayakan pengguna jalan raya, terutama pemandu motorsikal.
Diharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera agar lampu jalan tersebut dapat  berfungsi bagi menerangi jalan raya di waktu malam sahaja.
Sekian, selamat memandu dengan cermat di jalan raya yang lampu jalan tidak menyala di waktu malam hari.

No comments:

Post a Comment