Links

Wednesday, July 25, 2018

Cara untuk baca kandungan blog saya dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.

Entri blog kali ini khusus untuk para pembaca blog saya dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. 

Terdapat 2 cara untuk baca blog saya dalam terjemahan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia:
  1. Cara pertama: menggunakan kemudahan terjemahan (translate) yang telah saya letakkan dalam blog saya. 
  2. Cara kedua: menggunakan kemudahan laman Google Translate.

Contoh cara pertama:
Pembaca perlu buka laman blog saya dalam versi web. Pilihan perlu dibuat pada bahagian bawah laman blog saya bagi pengguna yang menggunakan telefon mereka seperti contoh di bawah👇↓.




Contoh cara kedua:
Pembaca perlu buka laman Google Translate. Salin (copy) pautan laman blog saya dan letakkan di dalam kotak Google Translate seperti contoh di bawah👇↓.





Bagi saya, saya lebih sarankan gunakan cara pertama iaitu kemudahan terjemahan (translateyang telah saya letakkan dalam blog saya. Sebab cara pertama lebih tepat 90% dari cara kedua yang menggunakan kemudahan laman Google Translate. Di mana cara kedua hanya hampir 70-80% tepat kadar terjemahannya bagi saya.
Cara untuk ubah semula tetapan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia kepada bahasa pilihan anda.
Semoga dua pilihan cara tersebut dapat membantu pada mengguna yang lebih suka memilih bacaan dalam versi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Sangat membantu saya yang tidak punya pembantu serta kekangan masa dalam proses penterjemahan laman blog saya ke pada versi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia mahupun penulisan dwi bahasa bagi setiap entri.
Kerana ambil masa yang lebih panjang untuk hasilkan garapan ayat yang lebih menarik dan tersusun. Kalau dapat markah penulisan 5/100, mahu keluar asap kepala saya🤣 [1].
Lagipun kucing saya bernama Dell masih belum khatam kursus terjemahan bahasa dan penulisan walaupun telah cuba diajar berulangkali😃. Mungkin perlu berikan Dell guna papan kekunci (keyboard) sebagai langkah seterusnya.
Perlu belajar gunakan kemudahan teknologi dalam telefon yang semakin canggih tanpa perlu bergantung pada individu. Kerana proses pembelajaran serta pengajaran tidak akan terhenti kecuali bila seseorang itu meninggalkan dunia ke alam lain.

Sekian.

Rujukan:
[1] Contoh surat rasmi yang diberikan markah 30/100 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/24/markah-syed-saddiq/

No comments:

Post a Comment