Links

Tuesday, February 13, 2018

Tanggungjawab anak lelaki kepada ibu bapa serta saudara perempuannya

Penulisan kali ini lebih kepada pengumpulan segala hadis serta ayat Al-Quran bagi menerangkan lebih jelas akan tanggungjawab anak lelaki kepada ibu bapa serta saudara perempuannya (kakak mahupun adik) walaupun anak lelaki tersebut telah pun berkahwin.

Penerangan:
Ramai dikalangan anak lelaki yang telah berkahwin terutamanya, mengabaikan tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya. Mereka menyerahkan kepada kakak atau adik perempuan untuk menguruskan ibu bapa mereka yang sudah uzur. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perlu difahami bahawa perhubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga sampai bila-bila [1].


Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tuanya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan. Ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap empat wanita ini; 
1. Ibunya, 
2. Isterinya, 
3. Anak perempuan dan 
4. Saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu; 
1. Suaminya, 
2. Ayahnya (jika belum berkahwin), 
3. Anak lelakinya dan 
4. Saudara lelakinya [1].

Suami kena bagi nafkah pada isteri, sedangkan pendapatan isteri tidak perlu menanggung nafkah keluarga, walaubagaimana pun isteri boleh membantu meringankan beban suami. 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: 
1) isterinya, 
2) ibunya, 
3) anak perempuannya dan 
4) saudara perempuannya (yang belum berkahwin). 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu 
1) suaminya, 
2) ayahnya (jika belum berkahwin), 
3) anak lelakinya dan 
4) saudara lelakinya [2]. 

Semoga dapat sedikit pemahaman berkenaan perkara di atas. Boleh buat rujukan kepada para ustaz serta ustazah berhampiran anda bagi pemahaman lebih lanjut serta terperinci.

Sekian.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment